My Hero ♥

My Hero ♥
Mr. bradley cooper =]

Friday, December 31, 2010

new year♥♥fahmi♥♥shahrul

hye kawan-kawan..tak ada kaitan pon new year dengan dua orang nei.ahaa,aku tau aku lambat.anyway aku nak ucap tahniah jugak kat team Malaysia sebab menang piala Suzuki AFF 2 hari lepas.sampai cuti umum arini yaww..mula-mula aku macam tak percaya kita menang,aku pon terfikir macam media indonesia yang cakap Malaysia guna bomoh.ahahaha..sorry guys.just joking..Malaysia boleh apa,dah terbukti kita pon boleh menang kan?hehehe..dan aku amat terhibur menyaksikan game tersebut sebab dapat tengok kekasih hatiku,khairul fahmi.♥♥ weeee..aku agi suka norshahrul sebenarnya..tapi sebab dye da kawen maka aku terpaksa ketepikan perasaan tue.hisyyy~~ anyway,they really really roxx yaww!safee sali memang superb!.he's the best,beside fahmi of cos.tapi aku tak tertawan dengan dye.hehe..

♥♥ fahmi


ety the bibiks, i da tukar gamba fahmi. :)

shahrul.mata nye yang bulat amat menawan hatiku 

♥♥


aku suka tengok gaya safee setiap kali dye jaring gol,macam dalam gambar nei haa.style!

p/s:happy new year ya rakan-rakan.semoga tahun 2011 menjanjikan 1001 kebahagiaan,kejayaan dan keberkatan untuk kita semua.may ALLAH bless ^_^

Thursday, December 30, 2010

oke kawan-kawan..renung-renungkan ya


Nikah Tutup Aurat, Sanding Buka Aurat

alt
Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.
Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan sempurna.
Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.
Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan.
Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.
Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.
Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.
Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah mahram kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang bukan mahram juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin, khususnya yang perempuan.
Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi, mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula?
Apakah ada beza amalan agamamu ketika majlis nikah dan ketika majlis persandingan? Apabila ada beza auratmu kepada yang bukan mahram ketika di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agamamu ialah Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?
Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang.
Buat bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat kepada orang yang bukan mahram setiap masa dan tidak kira di mana-mana.
Nasihat ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan pahala isteri ditanggung suami. Usahlah menjadi suami yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.
Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan mahram berkongsi melihat aurat isterimu.

Biodata Penulis

Penulis ialah Eksekutif Penyelidikan di Yayasan Ilmuwan. Artikel tulisannya beberapa kali dipilih untuk dimuatkan di dalam akhbar tempatan.

Friday, December 17, 2010

part time job

hoo yeahh..aku da ada part time job babe.nk tau apa..?jeng3..takmau tau pon aku nk bagitau jugak =p


"bangun,teman mak p market"..waktu nei pukul 8 a.m


"p mop lantai dapur,orang mai malu ja ada anak dara rumah kotoq'..selalunya pukul 11 a.m


"jom masak.p kupas bawang merah 5,bawang putih 3,bawang besaq 2 pastu tumis"..xpasan lak pukul berapa


"p sidai kain.arini panas terik elok,sayang kalo xsidai"


"xda keja apa p lipat kain.dah menggunung nak duduk pon xdak tempat"


"p cuci bilik ayaq.nk jejak kaki pon geli,berlumut bukan main"..yang nei aku xakan wat walau apa pon terjadi sebab aku xsuka.wahahaha..


"jom p minat(supermarket),syampu,sabun semua dah habis"


"kemas la sikit rumah aihhh.ada orang mai nak masuk minang pon balek lari habis rumah semak macam apa lagi"..saja ja mak aku psiko aku.so aku akan fobia tiap kali orang mai kalo rumah semak sebab aku takut orang cakap "isk anak dara pemalas.rumah semak" *sigh


"jom teman mak p kenduri.mak takdak kawan la"..sebab aku seorang sahaja anak perempuan yang ada


"tolong check kertas periksa(exam) budak-budak nei sat.yang tue kertas objektif.satgi bubuh markah sekali,jumlah(tambah) dengan kertas subjektif sama"..most of the time,aku xwat yang nei.haha


"kesian pokok-pokok nei.layu mati habis semua xdak orang nak siram"..ayat psiko tuk suruh aku siram pokok


p/s.nei ja yang aku ingat..ya,inilah part time job aku.tapi jangan terpedaya,aku suka skip keja-keja tersebut!hehehe..

Thursday, December 16, 2010

abang,muka abang macam mr.i saya laaa..

arini wa and kawan wa (aku guna wa arini sebab nak nampak ganas sikit.sikit la) cadang nak lepak mc d.pehh,macam style je kan kami nihh.lepak mc d aje..hik2 :).anyway..yang mastermind nak lepak mc d tue boleh pulak mak xkasi last2 minute.ya,mak xkasi.tuk pengetahuan semua,di kulim desa indah permai nei kami still dilingkungi oleh adat resam and nilai2 timur yang amat tinggi.contoh..macam aku yang dikategorikan dapat mak yang paling sempoi aku taleh kuar sampai malam.senang cita,malam memang taleh kuar la.aku xkisah pon sebab aku pon berfikiran tradisioanal(hasil didikan mak aku) yang perempuan xmanis kuar malam,kan? *eh,da ilang word 'wa' tue..baru nak ganas..
anyway,back to the story..sampai mana tadi?ohh ya,maka wa and sorang agi kawan pon meneruskan perjuangan nak lepak mc d td.mc d baru bukak kat sini so excited sikit.wahaha..b4 tue wa p amik kawan abang wa dulu sebab wa nak p mc d nei pon abang wa yang anta.ya,wa takde lesen agi semua orang..huh.abaikan..dan si situ bermulalah ceritera chentaku yang lara..............(suspen x?)






seorang lelaki masuk(kawan abang wa) ke dalam kereta swift..ketika itu aku sedang meneliti text yang dihantar kawanku di cell phoneku(cakap dye da sampai mc d)..terpana aku seketika..


"Ya Allah..muka dye macam..",aku cakap dalam ati.
"mr.i laa..",aku sambung agi..


sepangjang perjalanan aku tersenyum..aku pon terfikir memandangkan aku and mr.i worlds apart,chenta kami macam susah nak bersatu..(cewah pahal aku sorang je syok kat dye) dapat mamat nei pon oke gak.tapi aku tau..itu hanyalah harapan.dye konpem da ada awek.aku pikir tuk ilangkan harapan tue.aku tanak kecewa agi.........


p/s:mr.i adalah seseorang yang aku minati dari jauh..oke,aku da asa aku nei pathetic pulak.sadis!

Tuesday, December 14, 2010

oke..sedikit info tuk dikongsi

Alasan kebiasaan si pelaku dedah aurat

Posted by salafus-sholih at 10:19 PM


Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi. Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

---------------------------------------------
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi) [2]

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]


4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. [3]

Enrique Iglesias sangat sexy.dont you think?



oke..mr enrique sgt sexy oke.jangan pikir bukan2.sexy as in his eyes,his voice,the way he moves,his body language and his songs also..cuba perhatikan betol2.aku da kaji da mamat nei..so aku tau.muahaha..xcaya?cuba tengok video clip nihh.sexy abes!lirikan mata dye..cara dye dalam video clip nei memang wt jantung aku stop sat.muahaha..ohh gosh,i love him.hehe..

*mr i xpasan aku..betambah2 la sedey aku =((

we worlds apart,darling..

aku time umo 3 taon.comel kan?jgn nk jeles..

oke..arini,confession.huhu..aku ada suka,like,minat whatever kat seorang mamat nei..nama dye..rahsia.haha..oke,kita panggil dye mr.i.sebab apa?rahsia ag.muahaha..oke2,anyway balek kepada cita asal.emmm,aku asa la aku suka kat dye.unfortunately,kami..worlds apart.dunia kami berbeza.berbeza cane?emm..family beb.tamau cakap lebey2..tapi tula,famili.siyesly aku asa aku suka dye..da 2 taun beb..agak lama kan?bagi aku lama la.tapi of cos la aku ada suka orang laen gak dalam tempoh 2 taun tue.keh2..well,im not in any relationship so i'm free to do that okay..?haha..emm..sedeh nei.baru tengok fb dye..ape la dye pikir sal aku an?budak comot nihh menyemak idop je..wakakaka.xla,dye seorang insan yang amat baek bagi aku.emm,dye memang mewakili guy yang aku punya taste.uwaaaaaaa..sedey,siyes sedey. :(

Saturday, December 11, 2010

my roomate at college

tengah online dengan senang ati tetiba ternampak gamba tengah celebrate burfday ngan mereka ini..teros sentap..............

*inilah jadi bila hormon tak stabil,keja layan feeling ja aku malam nei.heshhh..

Al-Fatihah.. :(

alrite..another lost.9/12/2010 kira-kira pukul 10.40 mlm,famili kami kehilangan seorang lagi ahli..my aunty.kakak sulung ayah aku..kami panggil arwah,caq.fortunately,aku ada kt sisi arwah waktu arwah meninggal..and beberapa orang sedara rapat.nasib baik tinggal dekat so bila anak arwah,sepupu aku call cakap arwah muntah darah and makin terok kami teros rush p.arwah memang da skait b4 tue..strok kalo xclap aku.arwah meninggal smoothly,right after kami baca yasin kt arwah.alhamdulillah..sedey sebab taun nei famili kami hilang 2 ahli.taun nei saja..bayangkan.first was my uncle,abang ayah aku..23/7/2010 ari tue..lagi sedey time tue sebab aku ta dapat tengok wat kali terakhir waktu arwah meninggal..ta sempat tengok pon.walaupon masa kebumi.xpala,da takdir..


daripada ALLAH kita datang,kepada ALLAH kita kemballi..AL-FATIHAH.